MULBERRY INFO


FAKTA MULBERRY YANG RAMAI TAK TAHU


1. Kaya dengan Nutrien Penting

Bagi 100 gram buah mulberi, terdapat nutrien-nutrien seperti berikut:


Tenaga/Kalori: 43 kcal
Tembaga: 0.06 miligram
Protein: 1.44 gram
Selenium: 0.6 mikrogram
Karbohidrat: 9.8 gram
Vitamin C: 36.4 miligram
Serat: 1.7 gram
Vitamin B1: 0.03 miligram
Kalsium: 39 miligram
Vitamin B2: 0.1 miligram
Zat besi: 1.85 miligram
Vitamin B3: 0.62 miligram
Magnesium: 18 miligram
Vitamin B6: 0.05 miligram
Fosforus: 38 miligram
Folat: 6 mikrogram
Kalium: 194 miligram
Vitamin A: 1 mikrogram
Zink: 0.12 miligram

Vitamin E: 0.87 miligram

Vitamin K: 7.8 mikrogram


2. Mengandungi Antioksidan

Antioksidan ialah sebatian yang boleh melindungi sel-sel sihat dalam badan daripada tekanan oksidatif yang disebabkan oleh radikal bebas. Tekanan oksidatif banyak dikaitkan dengan penyakit-penyakit kronik seperti penyakit jantung, diabetes, kanser atau Alzheimer. 


Buah mulberi juga turut mengandungi ciri-ciri antioksidan yang kuat yang disumbang oleh kandungan polifenolnya. Contohnya seperti: 

Antosianin, Flavonoid, Flavanol, Asid benzoik, Asid hidroksisinamik


Freeze Dried Mulberry bySS 100% buah mulberry tanpa

sebarang pengawet/perisa/perasa tambahan


3. Boleh Merendahkan Paras Kolesterol

Paras kolesterol yang tinggi banyak dikaitkan dengan penyakit kardiovaskular seperti penyakit jantung, strok dan darah tinggi. Buah mulberi didapati boleh membantu merendahkan paras kolesterol yang tinggi dalam darah. Khasiat buah mulberi ini ada dilaporkan di dalam beberapa kajian. 


Satu kajian yang dijalankan terhadap tikus yang diberikan diet tinggi lemak mendapati pengambilan 5% atau 10% serbuk buah mulberi boleh menurunkan paras trigliserida (lipid dalam darah), kolesterol total dan kolesterol LDL (kolesterol jahat) dalam darah. Kajian ini turut mendapati pengambilan serbuk buah mulberi ini turut meningkatkan paras kolesterol HDL (kolesterol baik). 


Kajian lain yang melibatkan 58 individu yang mempunyai paras kolesterol yang tinggi pula melaporkan bahawa pengambilan 45 gram buah mulberi beku kering sehari selama 6 minggu berjaya menurunkan paras kolesterol total dan kolesterol LDL (kolesterol jahat).


Mulberry bySS dikeringkan menggunakan freeze drying teknik dengan "ENHANCED RECIPE" yg dapat mengekalkan hampir kesemua rasa/tekstur/khasiat buah asal. Tidak sama dengan HOT DRY @ NATURAL DRY PROCESS. 


4. Berpotensi Mencegah Kanser

Mulberi juga dipercayai berpotensi untuk mencegah kanser atau mempunyai ciri-ciri antikanser kerana kandungan antioksidannya. Kajian terhadap haiwan mendapati haiwan yang diberikan ekstrak mulberi yang kaya dengan antosianin selama 7 minggu berjaya untuk merencatkan pertumbuhan tumor yang boleh membentuk kepada kanser gaster (kanser perut). 


HALAL certified JAKIM, ISO, HACCP, GMP certified, Buatan Malaysia (hati2 banyak buah kering import dari negara luar yg diragui)


5. Boleh Membantu Mengawal Gula Darah

Seperti dalam perubatan tradisional, buah mulberi juga didapati boleh membantu mengawal gula darah yang mempunyai kebaikan kepada mereka yang menghidap diabetes (penyakit kencing manis).


Dapatan daripada satu kajian yang dijalankan terhadap haiwan yang menghidap diabetes mendapati pengambilan polisakarida (karbohidrat) buah mulberi selama 2 minggu boleh mengurangkan paras gula darah puasa bagi haiwan tersebut. Kajian lain turut mendapati ekstrak buah mulberi turut menunjukkan kesan antidiabetes dengan menurunkan paras gula darah puasa dan mencegah aktiviti alfa-glukosida. 


Alfa-glukosida ialah enzim yang membantu pencernaan karbohidrat atau kanji kepada gula ringkas. Pencegahan aktiviti alfa-glukosida ini boleh mengurangkan penyerapan gula (glukosa) di dalam usus yang seterusnya boleh merendahkan paras gula darah.   


      

 


Tekstur yg rangup dan ringan.

Picit dengan jari boleh jadi serbuk.

 Sesuai dijadikan superfood jajan utk kanak2 mahupun dewasa.

Rasa manis buah asli dan tekstur yg lembut tapi rangup gigit pakai gusi tanpa gigi pon jalan


6. Boleh Membantu Menurunkan Berat Badan

Masalah obesiti atau berat badan berlebihan adalah masalah serius yang dialami oleh ramai rakyat Malaysia. Obesiti boleh mendedahkan seseorang itu kepada pelbagai masalah kesihatan yang lain seperti penyakit jantung, diabetes atau kolesterol tinggi.

Buah mulberi juga didapati berkhasiat dalam membantu menurunkan berat badan. Khasiat mulberi ini ada dilaporkan dalam kajian yang dijalankan terhadap haiwan.

Kajian terhadap haiwan yang diberikan diet tinggi lemak mendapati pengambilan ekstrak air mulberi selama 12 minggu berjaya menurunkan berat badan dan lemak visera serta turut membantu menurunkan paras kolesterol. Selain itu, ekstrak air mulberi turut mengurangkan lemak di dalam hati yang seterusnya boleh melindungi hati daripada rosak.


    '

Alternative kepada produk kesihatan yg diproses dan ada pelbagai bahan tambahan yg diragui


7. Berpotensi Mencegah Penyakit Hati Berlemak Bukan Alkohol

Penyakit hati berlemak bukan alkohol adalah penyakit hati yang kronik yang boleh menyebabkan keradangan pada hati dan boleh berkembang menjadi parut (sirosis) dan kegagalan hati. 

Mulberi juga didapati mempunyai khasiat dalam melindungi hati daripada penyakit hati berlemak. Satu kajian makmal mendapati ekstak antosianin mulberi boleh menambah baik pengumpulan lipid (lemak) pada sel-sel hati manusia. 

Kajian lain pula melaporkan bahawa hampas mulberi yang tinggi antosianin boleh mengurangkan parut pada hati yang disebabkan oleh bahan kimia.


8. Berpotensi Melindungi Otak daripada Kecederaan

Iskemia serebrum ialah kecederaan otak akut yang disebabkan oleh aliran darah ke otak yang terjejas. Sekiranya keadaan ini tidak dirawat, ia boleh menyebabkan kematian atau kecacatan kekal.

Sebatian kimia yang diekstrak daripada buah mulberi didapati boleh mencegah kerosakan iskemia serebrum akibat kekurangan glukosa oksigen. Walau bagaimanapun, kajian-kajian lanjut masih diperlukan untuk menguatkan lagi hasil kajian ini.



Boleh dijadikan sebagai tea/jus mulberry larutkan sahaja dalam air sejuk/panas dan nikmati minuman berkhasiat anda. Tak perlu masuk gula pon dah sedap


Rumusan

Mulberi adalah buah yang kaya dengan pelbagai nutrien dan rendah dengan kalori. Mulberi telah digunakan dalam perubatan tradisional Cina sejak dahulu lagi. Kajian-kajian moden juga turut mendapati mulberi mempunyai ciri-ciri antikolesterol, antidiabetes, antiobesiti, antikanser serta boleh melindungi hati dan otak.

Sekiranya anda berminat untuk membelinya, keputusan anda itu betul dan tidak silap kerana tumbuhan ini kaya dengan khasiatnya.

BERMINAT NAK RASA FREEZE DRIED MULBERRY?

Jom beli dari Reseller Sahabat Sunnah yang sah ya!